Idaman Kalbu


Assalamualaikum.

 
*Yang mana satuuuuu. Idaman kalbuuu. Nyanyi nyanyi satt. ehehe. Eh, lupa bagi salam. Assalamualaikum. Jawab taw taw. Tak jawab dosa woo. Hmm, dah agak lama tak update blog neh. Adalah dalam dua tiga hari dahh. Ehee, LAMA kan kan? hiks. Entry kali neh saja nak becerita pasai idaman kalbu diri ini. ngehngeh, ayat cannot go lahh. Semua orang inginkan pendamping hidup. Teman yang setia disisi walau dalam apa keadaan sekalipon. Teman yang ikhlas menerima diri mereka walau siapa pon mereka. Tidak terkecuali aku yang menginginkan seseorang seperti itu. Sudah menjadi lumrah setiap insan yang ingin disayangi dan menyayangi. Bukan lah paras rupa kacak yang menjadi igauanku. Bukan lah harta benda berkepuk yang menjadi kegilaanku. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW baginda bersabda,

 "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu akan bahagia."

Empat perkara ini amat dititikberatkan dalam Islam. Begitu juga dalam memilih calon suami. Pilihlah kerana ilmu agamanya kerana itu lebih diutamakan dan lebih selamat dunia dan akhirat.

Haa, tengok. Siap dengan hadis lagi. Bukan bajet alim atau apa. Tapi ini lah hakikatnya. Seperti aku, aku memerlukan seseorang yang dapat membimbing aku ke jalan yang lebih diredhai-NYA. Seseorang yang boleh mengingatkan aku ketika aku lupa kepada-NYA. Seseorang yang boleh menasihati aku ketika aku sedang leka dengan keseronokkan duniawi. Bukanlah seseorang yang mendampingi aku hanya kerana nafsu semata mata. Ya, mungkin aku bukanlah perempuan yang layak untuk mereka yang lebih alim. Tetapi, niat dihati untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya semakin menebal dalam diri.Mungkin ada juga mereka diluar sana mencemuh dengan niatku ini. Mungkin juga ada yang memaki hamun diri ini. Salahkah aku mahu berubah menjadi yang lebih baik? Bukan mudah untuk aku merealisasikan niat ini kerana begitu banyak cabaran duniawi yang harus ditempuhi. Hanya doa dan harapan yang mampu aku pertaruhkan. InsyaAllah! :D