Adakah anda tahu?


Assalamualaikum.

Entry kali neh nak shar sedikit info dengan kalian kalian kalian semuuuua. Saya pon baru tahu nehh. Boring-2 saja lah saya ber-blog walking melawat web-2 yang berinfo segala bagai. Then, terjumpa info tentang hukum memakai gelang tangan / kaki berloceng. Ouch ouch, saya tak pakai. Tapi, keinginan nak pakai tuh ada. Terbantut pulak nak pakai lepas baca info nehh. So, meh kita share info tentang hukum memakai gelang tangan / kaki berloceng yang saya share dari blog Bercinta Selepas Nikah. :)



  Firman Allah S.W.T yg bermaksud : “Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yg disembunyikan daripada perhiasan mereka”. [Surah An-Nur:31]

Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]


Kesimpulan: Surah An-Nur ayat 31 menunjukkan larangan menghentak-hentakkan kaki ke bumi kerana ia akan menyebabkan perhiasan yg tersembunyi seperti gelang kaki diketahui oleh lelaki-lelaki bukan mahram. 

Maka, jika setakat memakai gelang kaki sahaja, tidaklah mengapa selagi mana tidak dihentak-hentakkan kaki hingga bunyinya didengari hingga lelaki-lelaki bukan mahram mengetahui ada perhiasan padanya Akan tetapi dalam kes memakai gelang tangan/kaki yg berloceng, kesnya berbeza. Walaupun kaki tidak dihentak-hentakkan, apabila wanita tersebut bergerak, berjalan dan lain-lain, maka bunyinya masih terhasil dan ia termasuk dalam larangan didalam ayat ini. Ini kerana yg menjadi punca larangan bukanlah kerana menghentak kaki, akan tetapi larangan tersebut adalah kepada ‘penzahiran’ perhiasan yg tertutup dan akan menarik perhatian sekeliling. Wallahua’alam.


Memakai gelang tangan/kaki yg berloceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada Malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W yg dikeluarkan oleh Abu 'Isa Al-Tirmizi yg bermaksud :

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yg ada di dalamnya anjing dan loceng" [Hadith Riwayat Al-Tirmiz]

So, akak-2 adik-2 and rakan-2 perempuan, kalau boleh elakkan lah dari memakai gelang tangan / kaki yang berloceng. Takut malaikat rahmat tak mai pulak kat diri kita tuh kannn. Renung renungkan dan selamat beramal. :D