Senyum Itu Sedekah



Assalamualaikum

Heeeeeyhoooooo. Sihat-2 belako semuuuuuo? Ehh, terkeluar loghat Kelate pulop. Semua neh gar-2 bola la nehh. haha. Saya sokong Kelantan sebab salah sorang lecturer saya dah janji nak belanja kalau negeri Cik Siti Wan Kembang tuh menang. Haa, janji tuh akan ku tuntut juuuuuaaa. haha.

Eh eh, entry kali neh bukan nak cerita pasai Kelantan menang or game ManU tahuuuu. Alang-2 dah menulis neh, nak wish congratulation lah untuk pemain-2 Kelantannn.Okay, entry kali neh nak cerita pasai penangan senyuman dalam kehidupan kita. Kata orang, senyum itu sedekah kannnn? So, tak salah kalau kita bersedekah ka org even dengan mengukir senyuman sahaja. Itu pon dah cukup buat orangrasa mudah nak mendekai kita kaaaan. 

Haa, meh usha 5 kelebihan senyuman yang saya baca dari sebuah laman web :

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

So, tuan-2 dan puan-2 ringan-ringan kan lah mulut kalian untuk senyum yeeeeee. Senyum po boleh buat kulit muka cantik. Tak payah nak cucuk sana cucuk sini. Menjamu lah bagai. Cukup sudah senyuman manis kalian. Save bajet kaaan. Saya sendiri pon sedang practice meringankan mulut untuk senyum. Tapi, jangan pulak senyum sepanjang masa. Nanti apa pulak orang keliling cakap kann. hehe. Renung renungkan dan selamat beramaaaal. :D